Saturday, January 30, 2016

Hakone

Tahukah anda kebarangkalian untuk melihat Fuji dengan Cerah ialah hanya 33%?

Orang Jepun percaya bahawa Gunung Fuji merupakan sebuah gunung yang suci.

Saturday, November 23, 2013

Ghibli

How about a change. Instead of going to Tokyo or Osaka, Why not around this year to next March come and visit Gamagori located in Aichi-ken. Maybe most of you are more familiar with Nagoya instead of Aichi-ken. Nagoya is the city of Aichi-ken.

Have you ever heard about Ghibli? Maybe Ghibli studio will ring the bell.

 Studio Ghibli, Inc. (株式会社スタジオジブリ Kabushiki-gaisha Sutajio Jiburi?) is a Japanese animation film studio based in Koganei, Tokyo, Japan.[1] The studio is best known for its anime feature films. Studio Ghibli began in June 1985 after the success ofNausicaä of the Valley of the Wind with funding by Tokuma Shoten. The company's logo features the character Totoro (a large forest spirit) from Miyazaki's film My Neighbor Totoro. At one time the studio was based in KichijōjiMusashino, Tokyo.
(source : wikipedia)





↑ the map of the exhibition. The exhibition consist 5 main attraction. One of it is the Tonari no totoro (My neighbour totoro). To know more, you need to come and see for yourself!!


This year starting March 2013 until March next year(2013/3/16 - 2014/3/2), Studio Ghibli open an exhibition at Gamagori, Aichiken.

Ghibli Studio is very famous for its Anime suchs as "Ponyo" , "spirit away" , "Tonari no totoro" and many more.

location :

Laguna Gamagori

Kaiyocho 2-3 Gamagori, Aichi 443-0014
http://www.laguna-gamagori.co.jp/

Details can be refer here

Price:

1600yen(adult)/900yen(elementary-school students, middle-school students)/700yen(babies and children under school age)



Sunday, June 16, 2013

Summer Snow

Ingin menikmati keseronokan bermain salji tetapi takut tak tahan dengan kesejukan yang melampau?

Di Tateyama, sebuah kawasan pergunungan di negeri Toyama, anda boleh menyaksikan dinding salji yang tingginya mencecah 20m dan bermain salji walaupun selepas habis musim sejuk.





Oleh kerana kawasan pergunungan ini mempunya ketinggian lebih dari 2000m, pelancong boleh menikmati angin awal musim panas yang nyaman dan segar dan kesejukan salji pada masa yang sama.


Salji masih ada di permukaan gunung. Untuk ke puncak, pelancong perlu menaiki pelbagai jenis kenderaan: local train, cable car, rope way, train bus, dan highland bus. Di antara stesyen ke stesyen, pelacong boleh hiking sambil menikmati keindahan alam semula jadi di Tateyama.


Di ketinggian 2316m. Di bulan 5 dan awal bulan 6, suhu tidak terlalu sejuk atau panas, iaitu sekitar 20darjah celcius. Angin masih sejuk tetapi jika berjalan sambil menikmati pemandangan, akan mula berpeluh dan angin tu menjadi sangat menyegarkan.



Turun highway bus, jalan kaki ke arah dinding salji. Kawasan ini dibuka untuk berjalan kaki pada bulan 4 dan awal bulan 6, tertakluk kepada keadaan salji. Penulis berkunjung ke sini pada 10hb June dan dapat bermain di Snow Maze Park dan sledge.


Sepanjang perjalanan ke bandar Toyama City untuk pulang ke Tokyo, anda dapat menyaksikan pemandangan kampung di Jepun, cukup mirip seperti di Malaysia dengan sawah padinya dan sungai-sungainya. Sesuai untuk sesiapa yang ingin menikmati suasana yang tenang dan retro, jauh dari hiruk-pikuk bandar moden di Jepun.


Toyama juga terkenal dengan kelazatan makanan lautnya. Di sini anda dapat menikmati sushi yang sedap dengan harga yang lebih berpatutan dari bandar-bandar lain.


Anda berminat? Sila hubungi kami untuk merancang perjalanan anda ke Jepun! Semua info di blog ini mungkin berubah ikut musim tahun itu, jadi kami akan menbatu anda merancang perjalanan anda untuk mendapatkan pengalaman yang anda idamkan. =)

#c.shka

Sunday, May 19, 2013

hamparan sakura di kaki gunung fuji

 
minggu lepas, kami diberi peluang untuk membawa satu group dari malaysia melawat ke jepun. kebetulan pula di kaki gunung fuji ada festival sakura.. maka kami telah cadangkan untuk melawat kesitu
pemandangan di situ sangat menggamit hati dan repond dari group yang kami bawa mereka sangat berpuas ati.

jika anda mahukan fleksibiliti  dan kepuasan.. jangan segan silu utk hubungi kami.. insyallah kami akan membantu.. (^_^)/ 

Tuesday, March 5, 2013

Shin Okubo


Hanya satu stesen dari Shinjyuku, boleh dikatakan bandar Shin Okubo ini adalah Korea Town di Jepun.

 Pemandangan dari platform keretapi

  
 Kedai menjual barangan artis korea

  
 Sekitar Shin Okubo..

Pelbagai produk kosmetik korea juga ada di jual disini 

 Akhir sekali  setelah penat berjalan ,kite menjamu selera..di sini ada kedai thailand yang menawarkan makanan thailand yang halal pada harga yang murah..rugi kalau tak singgah.. 
( ´ ▽ ` )ノ

Sekian sahaja untuk post kali nih.. banyak lagi tempat yang menarik kat jepun nih..rugi kalo tidak di teroka.. : )


Tuesday, February 26, 2013

Nippori Fabric Street

Tadi berjalan bawa satu kumpulan, dorang mintak supaya pergi tempat untuk cari japanese cotton..so saya bawalah mereka ke Nippori.




Sebagaimana anda boleh lihat sepanjang jalan nih dipenuhi dengan pelbagai jenis kedai yang menjual pelbagai jenis fabrik buatan jepun.




Pelbagai corak yang menarik dan berkualiti dijual pada harga yang berpatutan :)




nih hasil tangkapan salah seorang customer saya.. untuk buah hati katanya....so sweet..buat baju kurung pakai time raya mesti comel..( ´ ▽ ` )ノ.kalo berminat untuk ke sini..hubungila kami.

p/s:kedai kat sini tutup hari ahad (✿◠‿◠)



Wednesday, February 20, 2013

Odaiba

Salah satu pulau buatan yang terletak di pinggir Tokyo. Salah satu tempat tumpuan pelancong kerana dari situ kita boleh melihat Kecantikan Rainbow Bridge di samping pemandangan pantai.

 Peta sekitar Odiaba



 Pemandangan Rainbow Bridge 

     Disini juga terletak satu-satu nya di dunia patung Gundam berskala penuh. Keseluruhan pembinaan ini siap pada pertengahan 2012 menambahakan lagi daya penarik untuk para pengunjung datang ke Odaiba.



     Dari sini juga disediakan perkhidmatan cruise untuk ke Asakusa dan beberapa destinasi pelancongan lain.


Sekiranya anda berminat untuk menaiki cruise ini kami akan membantu anda untuk menempah tiket menaiki cruise ini. :)